
PELBAGAI cara unik dan kreatif boleh dibuat untuk menarik pelanggan datang ke premis jualan kita.
Sebagai contoh, terdapat sebuah pasar raya moden, Uwajimaya Asian Food and Gift Market yang terletak di Seattle, Amerika Syarikat menjual deretan daging giling dengan bentuk anime dan kartun yang popular di negara Jepun.
Antara bentuk anime popular tersebut ialah Sonic, Pokemon, Dragon Ball dan sebagainya.
Sejak daripada pengenalan daging giling berbentuk unik itu, dilaporkan lebih ramai pengunjung tertarik untuk membelinya berbanding daging giling berbentuk konvensional.


Oleh: AUDREY LEE


0 komentar:
Posting Komentar